Saturday, 24 October 2015

white choc macadamia

salam semua... apa habar harini...semoga kita semua dalam keadaan sihat walaupun jerebu tebal melanda negara kita... harini CB nak ceritakan pasal kek birthday anakanda tersayang alisha humaira dan aliya batrisya...hehe walaupun maknya selalu buat kek kat pelanggan tapi utk sendiri hah nak jumpa setahun sekali pun susah... kalau ikutkan hati maknyer nak buat kek choc moist ja...tapi ayahnyer nak bagi tetamu makan white choc macadamia ala ala SR tu.... ni adalah first try kami.. sebelum ni memang layan di SR ja kek ni...walllaaa memang banyak sungguh step nak membuatnya... penat juga la nak siapkan dua biji kek ni pun hahahahha.... resepi asal kek ni CB ambik dari bloger terkenal Kak AZlita masam manis...CB memang follow dia punya blog sebab banyak ilmu yang bermanfaat yang diajarkan tuk pembuat kek amatur macam CB ni... insyaallah resepi akan CB selitkan juga nanti... tapi gambar masa membuat kek ni x sempat plak nak snap...hoho terasa kerugian disitu.. apa pun memang kek ni sangat disyorkan pada yang nak cari kek yang sedap..lemak...n yummmyyyy...dan tak muak di makan...




gambar dah potong pun x sempat nak snap... huhu... nanti kena upah cameraman kalau ada buat majlis dirumah hehhehe...

RESEPI KEK CHOCOLATE MACADAMIA (kredit to AZLITA MASAM MANIS)


KEK SPAN BADAM

4 biji telur gred A
180 gm gula halus
170 gm tepung
2 sudu besar serbuk almond (sangat sedap kek span dengn badam)
70 gm air
1 sudu teh baking powder
15 gm ovellete
50 gm minyak jagung
1 sudu teh esen vanilla

Tepung dan baking powder diayak sekali
Satukan semua bahan ke dalam bekas pemukul kecuali minyak jagung
Pukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan menjadi putih, lembut dan gebu
Tambahkan minyak dan kaup balik perlahan hingga bergaul sempurna
Tuangkan dalam loyang 8 inc yang telah di lapik kertas kek dan di oles butter
Bakar dalam ketuhar pada suhu 170 C selama 30 ~ 45 minit bergantung kepanas oven
Terbalikkan atas redai setelah masak
Lepas 5 minit terbalikkan semula dan keluarkan dari loyang
Biarkan kek sejuk sepenuhnya dan potong kek kepada 3 atau 4 kepingan

Kemudian kita sediakan salted karamel.

SALTED CARAMEL (kita tak guna banyak, buat setengah pun boleh)

113 gm butter tanpa garam
120 ml heavy cream atau Dairy whipping cream
3 sudu besar air
60 ml corn syrup (boleh didapati di kedai barang bakery)
200 gm gula

Potong buter kepada kiub kecil
Campurkan bersama krim dan panaskan dalam microwave hingga ia cair tapi masih keruh ~ ketepikan
Boleh juga panaskan atas api perlahan
Dalam periuk satukan air, gula dan corn syrup
Masak atas dapur hingga ia mendidih, berbuih-buih dan gula melarut ~ anggaran suhu 150C kalau tak ada temormeter cuma pastikan gula dah larut dan ia benar-benar mendidih
Tutup periuk supaya gula yang melekat di tepi periuk mencair dan turun ke bawah
Buka periuk dan tuangkan krim dan butter cair tadi
Kacau perlahan dan masak hingga pekat
Biarkan sejuk

Sekarang kita sediakan cream

SALTED CARAMEL CREAM

3 biji kuning telur
100 gm coklat masakan putih
8 gm gelatin
30 gm air
2 sudu besar salted caramel
250 gm Krim Bukan tenusu
1 sudu teh esen vanilla

Satukan gelatin dalam air dan biarkan kembang
Cairkan gelatin dengan kaedah double boiler
Cairkan coklat masakan dengan kaedah double boiler
Dengan kaedah double boiler juga panaskan kuning telur sambil sentiasa di kacau hingga ia berkrim
Tuangkan gelatin dan gaul rata
Tuangkan coklat masakan dan salted caramel gaul rata
Biarkan sejuk
Dalam bekas lain putar krim putar dan esen vanilla hingga kental
Kaup balik krim dalam caramel hingga berkrim


** hah kan CB dah cakap memang banyak step kek ni...hehehe ni pun kira x menderhaka langsung dengan resepi asal tuan rumah kak azlita... next step kita buat caramel macadamia pulak.. kacang macadamia ni agak susah juga nak cari area sini.. CB pun dapatkan di kedai barang kek n harganya agak mahal juga dibandingkan dengan kacang lain... tp rasanya memang sedap...lemak2 gitu
 
CARAMEL MACADAMIA

100 gm kacang macadamia
2 sudu besar gula
1 1/2 sudu besar air

masak gula hingga perang
Tambahkan air dan biar ia pekat
tambahkan kacang dan gaul rata hingga gula bersalut pada kacang
Sejukkan dan potong atau cincang kacang kasar (ala2 kacang potong)

GANACHE COKLAT PUTIH

125 ml krim tenusu
20 gm sirap glucos
200 gm coklat masakan putih
15 gm mentega

Cincang coklat halus
Masak krim dan sirap glucos hingga berbuih
Tuangkan krim atas coklat dan biarkan coklat mencair
Tambahkan butter
Gaul rata


peringkat terakhir dahhhh.....


KAEDAH PENYEDIAAN

Letakkan sekeping kek atas lapik kek
Letakkan salted caramel krim
Taburkan caramel Macadamia
Ulang proses hingga habis


** p/ss kalo nak tengok gambar yang disnap cantik sila ke blog MASAM MANIS AZLITA.. thanks kak ita atas perkongsian ini



Sunday, 4 January 2015

agen dropship diperlukan...!!!





 salam semua... ini merupakan salaah satu produk terbaru dari cheda bakery.. nama diberi layer chesekek...ada yang panggil layer marie cheskek...ada yang gelar chesekut layer... macam2 nama la diberi.. hehe apa pun sambutan memang terbaik...dalam masa sebulan kami mengeluarkan hampir 1000 pack... :) hah mcm mana??? teringin nak menjadi agen kami... hehe... keuntungan yang agak lumayann bagi agen yg teramat la rajin... kami sertakan 5 pilihan perisa pada pelanggan.. iaitu top sekali.. strawberry, diikuti dengan coklat, blueberry kiwi dan mixed blueberry dan strawberry... mcm kek kek chese yang lain... kek ni juga agak cerewat...sebab sentiasa kna sejuk... pada yg nak jadi agen diharapkan dapat menjaga quality produk kek ni sebaiknya... feedback yang baik dari customer adalah keutamaan dari pihak kami...apabila customer suka hati kami pun puas ati... hehe :)  buat masa ni market kami cuma sekitar kedah sahaja...pada yg luar kedah boleh wassap 0174506347 utk pertanyaan lanjut atau sila datang terus ke CHEDA BAKERY di Tunjang, kedah... sekian dulu untuk entry kali ini... :)

Wednesday, 31 December 2014

budget wedding cake



salam semua... antara contoh budget 2 tier wedding kek... mixed dua color.. kuning dan oren.. pilihan kek antaranya sponge kek vanila, choc, mocca, blueberry, strwberry filling.. dan juga choc moist.. utk pertanyaan boleh wassap 0174506347..:)

fresh from oven...




salam semua...terima kasih kerana sudi menjenguk blog kami... ok... ini merupakan produk yang terbaru dari kami di cheda bakery... terdapat pelbagai jenis roti dan bun seperti bun kacang, bun sekaya, chiken floss dan banyak lagi... kami juga mengalukan pada sesiapa yang berminat utk menjadi agen kami utk dijual di pejabat2, di kantin sekolah, ipta dll sekitar kubang pasu dan perlis. pada anda yang mempunyai kantin atau kafetaria yang berminat dengan produk cheda bakery sila wassap 0174506347..  produk insyaallah terbaik kerana kami membakar roti setiap hari.. dan juga komisyen yang agak tinggi... :) pada yang berminat utk menjadi runner sekitar kedah perlis juga boleh wassap no diatas... sekian terima kasih... :) berniaga secara berjemaah, menguatkan ukhwah dan menjadikan produk muslim satu keutamaan.. :)

penghujung tahun 2014...

salam semua...dalam beberapa minit saja lagi kita akan menyambut tahun baru,,, yakni tahun 2015... banyak kejadian yang sedih berlaku di malaysia pada tahun ni... kehilangan mh370 dari bulan 3 sampai sekarang x jumpa... tanah runtuh di cameron highland... kejadian malang kapal terbang mh17 dan anak kapal... banjir besar yang melanda pantai timur dan melumpuhkan segala sistem yang ada,.. sesungguhnya segala adalah taqdir ILAHI... kita sebagai hambaNYA hanya mampu berdoa...bersabar dengan segala dugaan yang menimpa...
dalam kegalauan kita menempuh segala bencana ini... terharu dengan sikap rakyat malaysia yang masih berpegang teguh dengan konsep bantu membantu...tolong menolong dan gotong royong.. dalam kesibukan masing2 dalam arus perdana...hikmah disebalik bencana ini... manusia masih mempunyai hati nurani utk membantu sesama insan tanpa mengira bangsa, agama dan ideologi politik... syabas malaysiann!!! :) bagi yang tak mampu untuk membantu dari segi wang ringgit dan harta benda.... jangan lupa bantulah mereka dengan doa.. semoga mereka tabah hadapi dugaan ini... terbayang pada anak kecil yang tidur tak menentu...makanan cuma air mineral tanpa susu.. pada keluarga yang kehilangan rumah tempat berteduh...mana kan dibawa diri selepas ini...
tapi...sesungguhnya... ALLAH tidak akan memberi dugaan yang tidak dapat ditanggung oleh hambaNYA...dan mereka adalah hambaNYA yang terpilih.. semoga mereka tabah dan redha...amin ya rabb

bahulu kemboja




kepakaran kami menyediakan bahulu kemboja atau ada juga yang panggil bahulu bintang atau pecah lapan semakin menjadi pilihan bakal pengantin untuk dijadikan sebagai doorgift kepada para tetamu berbanding bunga telur dan potpori... ini kerana ianya lebih besar, menarik dan pastinya sedap.. :)