Saturday, 24 October 2015

white choc macadamia

salam semua... apa habar harini...semoga kita semua dalam keadaan sihat walaupun jerebu tebal melanda negara kita... harini CB nak ceritakan pasal kek birthday anakanda tersayang alisha humaira dan aliya batrisya...hehe walaupun maknya selalu buat kek kat pelanggan tapi utk sendiri hah nak jumpa setahun sekali pun susah... kalau ikutkan hati maknyer nak buat kek choc moist ja...tapi ayahnyer nak bagi tetamu makan white choc macadamia ala ala SR tu.... ni adalah first try kami.. sebelum ni memang layan di SR ja kek ni...walllaaa memang banyak sungguh step nak membuatnya... penat juga la nak siapkan dua biji kek ni pun hahahahha.... resepi asal kek ni CB ambik dari bloger terkenal Kak AZlita masam manis...CB memang follow dia punya blog sebab banyak ilmu yang bermanfaat yang diajarkan tuk pembuat kek amatur macam CB ni... insyaallah resepi akan CB selitkan juga nanti... tapi gambar masa membuat kek ni x sempat plak nak snap...hoho terasa kerugian disitu.. apa pun memang kek ni sangat disyorkan pada yang nak cari kek yang sedap..lemak...n yummmyyyy...dan tak muak di makan...




gambar dah potong pun x sempat nak snap... huhu... nanti kena upah cameraman kalau ada buat majlis dirumah hehhehe...

RESEPI KEK CHOCOLATE MACADAMIA (kredit to AZLITA MASAM MANIS)


KEK SPAN BADAM

4 biji telur gred A
180 gm gula halus
170 gm tepung
2 sudu besar serbuk almond (sangat sedap kek span dengn badam)
70 gm air
1 sudu teh baking powder
15 gm ovellete
50 gm minyak jagung
1 sudu teh esen vanilla

Tepung dan baking powder diayak sekali
Satukan semua bahan ke dalam bekas pemukul kecuali minyak jagung
Pukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan menjadi putih, lembut dan gebu
Tambahkan minyak dan kaup balik perlahan hingga bergaul sempurna
Tuangkan dalam loyang 8 inc yang telah di lapik kertas kek dan di oles butter
Bakar dalam ketuhar pada suhu 170 C selama 30 ~ 45 minit bergantung kepanas oven
Terbalikkan atas redai setelah masak
Lepas 5 minit terbalikkan semula dan keluarkan dari loyang
Biarkan kek sejuk sepenuhnya dan potong kek kepada 3 atau 4 kepingan

Kemudian kita sediakan salted karamel.

SALTED CARAMEL (kita tak guna banyak, buat setengah pun boleh)

113 gm butter tanpa garam
120 ml heavy cream atau Dairy whipping cream
3 sudu besar air
60 ml corn syrup (boleh didapati di kedai barang bakery)
200 gm gula

Potong buter kepada kiub kecil
Campurkan bersama krim dan panaskan dalam microwave hingga ia cair tapi masih keruh ~ ketepikan
Boleh juga panaskan atas api perlahan
Dalam periuk satukan air, gula dan corn syrup
Masak atas dapur hingga ia mendidih, berbuih-buih dan gula melarut ~ anggaran suhu 150C kalau tak ada temormeter cuma pastikan gula dah larut dan ia benar-benar mendidih
Tutup periuk supaya gula yang melekat di tepi periuk mencair dan turun ke bawah
Buka periuk dan tuangkan krim dan butter cair tadi
Kacau perlahan dan masak hingga pekat
Biarkan sejuk

Sekarang kita sediakan cream

SALTED CARAMEL CREAM

3 biji kuning telur
100 gm coklat masakan putih
8 gm gelatin
30 gm air
2 sudu besar salted caramel
250 gm Krim Bukan tenusu
1 sudu teh esen vanilla

Satukan gelatin dalam air dan biarkan kembang
Cairkan gelatin dengan kaedah double boiler
Cairkan coklat masakan dengan kaedah double boiler
Dengan kaedah double boiler juga panaskan kuning telur sambil sentiasa di kacau hingga ia berkrim
Tuangkan gelatin dan gaul rata
Tuangkan coklat masakan dan salted caramel gaul rata
Biarkan sejuk
Dalam bekas lain putar krim putar dan esen vanilla hingga kental
Kaup balik krim dalam caramel hingga berkrim


** hah kan CB dah cakap memang banyak step kek ni...hehehe ni pun kira x menderhaka langsung dengan resepi asal tuan rumah kak azlita... next step kita buat caramel macadamia pulak.. kacang macadamia ni agak susah juga nak cari area sini.. CB pun dapatkan di kedai barang kek n harganya agak mahal juga dibandingkan dengan kacang lain... tp rasanya memang sedap...lemak2 gitu
 
CARAMEL MACADAMIA

100 gm kacang macadamia
2 sudu besar gula
1 1/2 sudu besar air

masak gula hingga perang
Tambahkan air dan biar ia pekat
tambahkan kacang dan gaul rata hingga gula bersalut pada kacang
Sejukkan dan potong atau cincang kacang kasar (ala2 kacang potong)

GANACHE COKLAT PUTIH

125 ml krim tenusu
20 gm sirap glucos
200 gm coklat masakan putih
15 gm mentega

Cincang coklat halus
Masak krim dan sirap glucos hingga berbuih
Tuangkan krim atas coklat dan biarkan coklat mencair
Tambahkan butter
Gaul rata


peringkat terakhir dahhhh.....


KAEDAH PENYEDIAAN

Letakkan sekeping kek atas lapik kek
Letakkan salted caramel krim
Taburkan caramel Macadamia
Ulang proses hingga habis


** p/ss kalo nak tengok gambar yang disnap cantik sila ke blog MASAM MANIS AZLITA.. thanks kak ita atas perkongsian ini



No comments:

Post a Comment